Aug 7, 2011

19 tahun yang lalu



Dulu 7 Ogos 
di waktu dan tarikh ini
kau lahir ke dunia
waktu itu 
aku tidak mengerti 
siapa kau bagi aku
bagai teman seperjuangan
tidur makan gaduh mandi
semuanya bersama

waktu kau dicabar
aku tiada
untuk membela
ejekan kesakitan
kau terima dari mereka
aku marah kecewa
aku gagal untuk
melindungi kau

jauh di sudut hati aku
kau sentiasa dijaga 
olehNYA
kerana aku 
kenal benar akan kau

tiba masa 
waktu semakin menginjak
kini dunia kita berbeza
namun ikatan dan
perasaan masih sama
tiada sedikit 
beza

22 Julai
ujian bagi kau
patutlah aku 
berasa sesuatu
namun ini
semua perancanganNYA
untuk kita semua

aku berdoa 
kau dikuatkan
disabarkan dan
bersyukur
atas apa yang terjadi

makin lama melihat
kau terbaring
makin sayu
hati aku

aku dapat melihat
segala kesakitan
ketakutan kekesalan
di mata kau
dan aku 
rasa begitu kerdil
hanya dapat melihat
tanpa dapat
mambantu kau

kata putus yang 
sangat genting
buat kami
berusaha yang 
terbaik 
agar kau seperti
sediakala


alhamdulillah
tanpa membelakangkanNYA
tanpa menyulitkan kau
tanpa menyakiti kau
kau selamat

manusia hanya merancang
Allah jua yang menentukannya
komplikasi 
kau kritikal

26 Julai 
sekali lagi aku kecewa
aku gagal untuk
melindungi kau
kau pergi bertemuNYA
ini Qada' dan Qadar NYA
aku yakin pasrah redha
kau selamat disana

aku sentiasa
mendoakan kau
kerana otak aku tak dapat
lupuskan kau
malah kau seperti
masih bersama kami
cuma tidak dapat
dicapai oleh pancaindera

aku maafkan halalkan doakan
kau 
tenang berehat disana 
dan jagalah diri kau 
akhirat syurga kita 
bertemu
aminn
insyaAllah


aku : kakak
kau : adik

Innalillahiwainnailaihirojiun

semoga ditempatkan di kalangan orang beriman



Untuk awak2 yg sudi baca my post. This is nothing much,just a few contribution from me,hopes u guys got benefit from my blog=)