Apr 23, 2011

Kau Buat Aku Tersenyum


BISMILLAH...
Orang selalu cakap senyuman tu sedekah.Tapi peliknya la cam mane bile senyum boleh jadi sedekah, ye tak??
Bukan sedekah ni bagi duit ke, bagi harta peninggalan ke. Kalau macam tu, senang je la nak sedekah ni ye tak?

Ni apa yang aku baca la:
Ada seorang sahabat nabi Muhammad s.a.w yg tak ada apa2 utk disedekahkan tanya satu soalan yg lebih kurang mcm ni, "jika kami ni nak sgt bersedekah, tapi kami ni tak ada apa pun nak bagi, jadi what the best thing kami dapat bagi dan bagaimana kami nak sedekah tu?"

Nabi pun balas senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Ok2, apa yg aku faham dari hadis kat atas tadi, even you have nothing to give to others, then the best thing is give your sincere smile ( senyum smpai ke telinga). Habis tu kalau orang tu secara genetik tak boleh nak senyum ( huish ada ker?) macam mana pulak?? Firstly, kita mesti senyum kat dia, then kalau dia kurang senyuman, suruh dia berbakti pada agama dia, suruh orang buat baik larang orang buat benda tak baik dan tolong orang sesat ke.
Ha tak boleh jugak nak buat2 semua tu?? Pi duk dlm hutan, jangan jumpa dengan mana2 manusia pun!

Ni nak share sikit, tau tak senyum itu juga merupakan ibadah macam hadis ini“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Jap2 korang pernah terfikir tak betapa besarnya impak senyuman tu pada seseorang?
Just imagine, kita senyum kat orang yg tengah bercelaru fikiran segala masalah dunia dia tengah fikir. WOW, bila saja dia melihat kita senyum ikhlas ni (nak2 ada lesung pipit), secara tak langsung memberi refleks positif pada diri dia dan mengurangkan bebanan dia. Subhanallah, yg telah mncipta manusia seindah2 ciptaan.
Yang paling penting, apa pun yg kita buat kat dunia ni, biarlah kerana Allah, tak de udang disebalik mee ok. Sama2 kita amalkan agar dunia ni dipenuhi SENYUMAN yg Ikhlas.
Wallahu alam=)

Untuk awak2 yg sudi baca my post. This is nothing much,just a few contribution from me,hopes u guys got benefit from my blog=)