Aug 7, 2011

19 tahun yang lalu



Dulu 7 Ogos 
di waktu dan tarikh ini
kau lahir ke dunia
waktu itu 
aku tidak mengerti 
siapa kau bagi aku
bagai teman seperjuangan
tidur makan gaduh mandi
semuanya bersama

waktu kau dicabar
aku tiada
untuk membela
ejekan kesakitan
kau terima dari mereka
aku marah kecewa
aku gagal untuk
melindungi kau

jauh di sudut hati aku
kau sentiasa dijaga 
olehNYA
kerana aku 
kenal benar akan kau

tiba masa 
waktu semakin menginjak
kini dunia kita berbeza
namun ikatan dan
perasaan masih sama
tiada sedikit 
beza

22 Julai
ujian bagi kau
patutlah aku 
berasa sesuatu
namun ini
semua perancanganNYA
untuk kita semua

aku berdoa 
kau dikuatkan
disabarkan dan
bersyukur
atas apa yang terjadi

makin lama melihat
kau terbaring
makin sayu
hati aku

aku dapat melihat
segala kesakitan
ketakutan kekesalan
di mata kau
dan aku 
rasa begitu kerdil
hanya dapat melihat
tanpa dapat
mambantu kau

kata putus yang 
sangat genting
buat kami
berusaha yang 
terbaik 
agar kau seperti
sediakala


alhamdulillah
tanpa membelakangkanNYA
tanpa menyulitkan kau
tanpa menyakiti kau
kau selamat

manusia hanya merancang
Allah jua yang menentukannya
komplikasi 
kau kritikal

26 Julai 
sekali lagi aku kecewa
aku gagal untuk
melindungi kau
kau pergi bertemuNYA
ini Qada' dan Qadar NYA
aku yakin pasrah redha
kau selamat disana

aku sentiasa
mendoakan kau
kerana otak aku tak dapat
lupuskan kau
malah kau seperti
masih bersama kami
cuma tidak dapat
dicapai oleh pancaindera

aku maafkan halalkan doakan
kau 
tenang berehat disana 
dan jagalah diri kau 
akhirat syurga kita 
bertemu
aminn
insyaAllah


aku : kakak
kau : adik

Innalillahiwainnailaihirojiun

semoga ditempatkan di kalangan orang beriman



Jul 19, 2011

Istikharah Cinta


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


di istikharah cinta..


Dear cik yayus,
Di saat akalmu buntu, kepada siapakah, ingin mengadu segala isi hati, datanglah padaku,jika aku tidak mampu untuk meleraikan deritamu maka mengadaplah pada NYA luahkan rayulah menangislah tanpa ragu-ragu kerana DIA Maha Mendengar=)

Jul 3, 2011

Kebanggaan kamu


Bismillah....
                                               


     Tik tok tik tok, jam berdetik, dan berlalu. Bersandar di katil seperti tiada apa yang perlu dilakukan, then zaappppp "what is the most successful thing had you done ? " terjah dalam otak. Pehh, memang tak la keluar ayat macam tu dalam otak, tapi lebih kurang.


     Sepanjang kamu-kamu semua hidup perkara apa yang paling dapat ko banggakan sampai senyum seminggu 2 minggu. Seharusnya soalan macam ini memang kena fikir panjang, supaya tiada rasa riak bersulam takbur dalam diri. Bersandar dan kali ini mengambil masa yang panjang pulak. 


       Well, dapat masuk universiti perkara yg succes ke? Cehh, orang lain ade je masuk uni gak. Ouh, dapat tidur sepanjang hari? Wahha, ini dipanggil kejayaan, WTfish, can't you understand the question!! Back then, nothing can specify my success. Adeh!! doploh taun hidup langsung tak dok apo nak dibanggokan?? kalau ade lembu, kobau atau pokok-pokok dah lama boleh buat jual tak pon wat sedekah kat jiran. 


What a shame. 


Ohh. apa yang boleh buat kita berjaya ke puncak paling tinggi.

                                       


        Bersandar lagi. Kak oiii, kalau duduk statik macam tu sepuluh tahun lagi, belum tentu ko boleh berjaya. Ask yourself, have you ever had a dream? If yes, then go catch it. No matter what happen.


 Workout your mission, no mission impossible. 


            And promise less but perform more. Macam jangan cakap je, satu kerja pon tak dibuatnya. Same goes with cakap memang senang tapi nak buatnya haram jadah. Pada diri sendiri aku ingatkan jugak benda - benda macam ni. Jangan banyak berjanji, takut - takut tak dapat dilaksanakan. Kalau bab hutang, memang kena settlekan, harap maklum. 


Bersabar lah selagi termampu.


       Pada sesiapa yang belum ada apa nak dibanggakan, keep continue on work out your dream. And most importantly, brave to handle and faces the challenge, coz the obstacles become harder and harder as the succes came close to you. 


For me, banyak benda nak kena buat, dan memang kena kena mentally. Kalau tak, lama dah den poie men badminton je, tak payah poie cari orang untuk ditolong. Tapi-tapi, saya banggo dah dapat turun kan berat badan ke 61kg, hahaha. Tak de dah perut buncit dan peha lebaq. 


Alhamdullilah 


                     


p/s : Saya banggo jadi anak emak dan ayah 

May 24, 2011

Obesiti,tembam atau comel???

Bismillah & Salam

    Apa-apa benda dalam dunia ni nak dihargai, walaupun benda tak bernyawa. Bukan hendak cakap banyak, tetapi ini yang dikatakan fitrah alam. Even badan yang kita semua guna ini pun wajib dihargai & dijaga. Hari-hari mesti kena bagi nutrition, dibersihkan, & tunduk padaNya 5 kali sehari. Sebab badan kita ini hanyalah pinjaman walau Allah tak meletakkan hitam putihnya pada kita,tapi dalam Al-Quran ada sebut bagaimana kita nak jadi peminjam yang baik.

       Obesiti,tembam atau comel? Ha, ayat tadi ada jadi topik dalam suratkhabar. Nampaknya isu obesiti di Malaysia manjadi kebimbangan pada kita semua. Mana taknya, Malaysia = Food Paradise. Nak rasa masakan India,China,Melayu, Jawa semua pun ada. MasyaAllah. 
    
Aku pun naik risau sebab family aku pun lebih kurang je terlibat sama baru 1 Malaysia kan. Dah tu takkan nak duk pasrah cam tu je kan, jadi aku try join Herbalife yang target aku mula-mula nak makan sorang-sorang je. Bulan demi bulan, aku dah
nampak macam mana Herbalife boleh tolong orang lain yang comel2 belako jadi sihat & muda balik. Yang paling penting ia terbukti pada diri aku sendiri, then why not share with others kan. So aku sign up jadi distributor & dapat mengurangkan sikit budget beli Herbalife. Tapi ramai yang ingat, aku cite bagai nak gila kat orang pasal Herbalife ni, untuk kepentingan sendiri, like $.$ a lot. SALAH 200%.  

    Aku nak orang sedar batapa pentingnya untuk menjaga badan yang kita pinjam ini. Takkan kita nak pulangkan balik dalan keadaan yang teruk & buruk. At least kita try macam lagu jason mraz ni. Paling busuk pun kita dapat faedah jugak bila kita semua taking care of our body all the time.

         Banyak lagi WHY aku dalam Herbalife ini. Ni nak tayang sikit gambar before & aftter Herbalife dalam masa 4 bulan. Pakai Herbalife sebab nak turunkan berat dalam 10kg, nak rendahkan peratus lemak dalam badan. Nak tau % lemak dalam badan untuk perempuan tak perlu banyak around 22% je & visceral fat pun perlu 1 @ 2 rank je. So atas kesedaran tu, aku pun bertindak, takkan asyik nak sedar je.Latest berat aku 61 kg,alhamdulillah.

         Ni Ayuz, kawan punya kawan, ,macam adik aku gak & best fren gak. Dia yang start bawa Herbalife kat aku & yang lain2. Dia ambil Herbalife ni sebab nak turun berat sebab dah bosan gemuk. Penat & fed up tak dapat nak berfesyen bagai plus asyik kena kutuk denagn kawan2. Jahat sungguh mulut mereka. Yang paling best tentang ayuz ni kan,memang tabik la, dia memang comitment memang tinggi & same nekad dengan aku. Haha, kitaorang belumba sape turun paling laju.



          Sape cakap Herbalife untuk orang gemuk nak jadi kurus je. Orang kurus sangat2 nak tambah berat jadi gemuk yang normal bole je, sebab Herbalife ni meal replecement khas untuk orang-orang yang betul-betul nak hargai badan yang dipinjam ni. ITS totaly  for all, tiada diskriminasi. Even orang kat India yang puratannya tak senang @ mewah, dapat consume Herbalife sebab kat sana nak dapat makanan betul2 
cukup nutrition memang payah.

           To people outthere, jangan sempitkan fikiran & pandang untuk masa hadapan jugak. Jangan main bedal je nak makan apa, sebab kita bukan nak hidup sampai umur 30 to 40 tahun je, mesti mau hidup to maximun damm fullest ages. Nak cari bekalan yang cukup untuk ukhrawi jugak dengan badan yang sihat walafiat.

      
         So sesape berminat & nak diajar apa yang kita prang buat jadi sampai macam tu  Kat atas ni gambartestimoni yang lain macam untuk kulit muka dan naik berat. :)


May 23, 2011

Kenapa Herbalife,not Others product???


Bismillah & salam...


   Ada sesape pernah dengar x company atau produk yang bernama HERBALIFE??? For sure ade yg tak pernah dengar,huhu... but,no problem,ni nak cite sikit
   Herbalife ni company yg tengah menyebarkan misi healthy nutrition pada seluruh dunia di samping mempelopori produk pengurusan berat badan terkini, pemakanan dan juga penjagaan personal. Teknologi terkini digunakan dalam mencipta formula untuk setiap keperluan - sama ada berkaitan dengan jantina, umur, atau badan badan yang khusus.
   Produk-produk ini diasaskan dari kemajuan sains makanan, suplimentasi mikronutrien dan sains herbal. Ia dihasilkan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dunia dan for sure untuk kesihatan yg optimun di masa hadapan.
  Dengan menyatukan kebaikan semulajadi dan sains terkini, Herbalife adalah yang paling termaju dalam memaksimumkan kesihatan diri.


  • Diasaskan pada 1980, Herbalife International adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terunggul yang mengkhusus dalam mempermudahkan ke arah kehidupan yang sihat
  • Telah mencecah 31tahun (2011). Lama tak?
  • telah berada di 73 buah negara dan masih lagi bertambah pada setiap tahun
  • 60Juta pelanggan yang berpuas hati dan masih lagi bertambah. Mungkin anda juga akan menjadi pelanggan yang berpuas hati selepas ini.
  • Disenaraikan dalam bursa saham NYSE. Bukan mudah untuk sesuatu syarikat disenaraikan di bursa saham NYSE. Hanya syarikat yang berprestij dan mantap sahaja yang mampu menyenaraikan diri dalam bursa saham NYSE. Kalau anda x percaya, anda boleh layari internet dan carik tentang NYSE.
  • Lembaga Penasihat Saintifik dan Perubatan.
  • No 1 syarikat pengurusan berat badan di serata dunia.
  • Malaysia telah berjaya mendapat tempat yang kesembilan di antara 73 buah negara!
BAGAIMANA  IA BERMULA

    Ibu kepada Mark Hughes, pengasas Herbalife, ketagihan kepada pil diet yang dibenarkan (sbb nak kurangkn 5kg je) dan meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan. Mark Hughes bertekad mencari jalan untuk membantu orang lain yg macam ibu dia melalui pemakanan yg baik dan sihat serta mencipta program pengurangan berat badan yang selamat dan berkesan. Setelah beberapa lama melalui proses penyelidikan dan pembangunan, Mark melancarkan Herbalife untuk mencapai misi menjadikan kesihatan dan kesejahteraan badan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini.


 DIREKA SECARA SAINTIFIK KHUSUS UNTUK KEJAYAAN ANDA


   Produk Herbalife yang inovatif dihasilkan oleh para saintis, doktor dan pakar pemakanan dengan mengambilkira kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Walaupun produk Herbalife berformulakan semulajadi untuk kesejahteraan seumur hidup dan mudah diperolehi, namun janji untuk peluang perniagaan pastinya memberikan ganjaran kewangan yang menguntungkan.

 PAKAR YANG ANDA BOLEH PERCAYA
   Lembaga Penasihat Saintifik Herbalife, Kumpulan Perhubungan Perubatan dan Lembaga Penasihat Perubatan adalah tenaga utama di belakang kejayaan industri Herbalife. Kumpulan pakar saintifik inilah yang mengarah pembangunan produk Herbalife menerusi kajian dan pengujian produk, agar kualiti Herbalife mampu mencapai standard yang ditentukan oleh industri pada masa kini.

SOKONGAN YANG ANDA BOLEH HARAPKAN

     Dengan kumpulan yang melebihi satu juta pengedar bebas menjual produk Herbalife di melebihi 73  buah negara di seluruh dunia ( dan jualan retail sebanyak $1.8 billion), anda boleh pastikan yang anda mempunyai sokongan untuk berjaya.

Apr 23, 2011

Kau Buat Aku Tersenyum


BISMILLAH...
Orang selalu cakap senyuman tu sedekah.Tapi peliknya la cam mane bile senyum boleh jadi sedekah, ye tak??
Bukan sedekah ni bagi duit ke, bagi harta peninggalan ke. Kalau macam tu, senang je la nak sedekah ni ye tak?

Ni apa yang aku baca la:
Ada seorang sahabat nabi Muhammad s.a.w yg tak ada apa2 utk disedekahkan tanya satu soalan yg lebih kurang mcm ni, "jika kami ni nak sgt bersedekah, tapi kami ni tak ada apa pun nak bagi, jadi what the best thing kami dapat bagi dan bagaimana kami nak sedekah tu?"

Nabi pun balas senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Ok2, apa yg aku faham dari hadis kat atas tadi, even you have nothing to give to others, then the best thing is give your sincere smile ( senyum smpai ke telinga). Habis tu kalau orang tu secara genetik tak boleh nak senyum ( huish ada ker?) macam mana pulak?? Firstly, kita mesti senyum kat dia, then kalau dia kurang senyuman, suruh dia berbakti pada agama dia, suruh orang buat baik larang orang buat benda tak baik dan tolong orang sesat ke.
Ha tak boleh jugak nak buat2 semua tu?? Pi duk dlm hutan, jangan jumpa dengan mana2 manusia pun!

Ni nak share sikit, tau tak senyum itu juga merupakan ibadah macam hadis ini“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Jap2 korang pernah terfikir tak betapa besarnya impak senyuman tu pada seseorang?
Just imagine, kita senyum kat orang yg tengah bercelaru fikiran segala masalah dunia dia tengah fikir. WOW, bila saja dia melihat kita senyum ikhlas ni (nak2 ada lesung pipit), secara tak langsung memberi refleks positif pada diri dia dan mengurangkan bebanan dia. Subhanallah, yg telah mncipta manusia seindah2 ciptaan.
Yang paling penting, apa pun yg kita buat kat dunia ni, biarlah kerana Allah, tak de udang disebalik mee ok. Sama2 kita amalkan agar dunia ni dipenuhi SENYUMAN yg Ikhlas.
Wallahu alam=)

Untuk awak2 yg sudi baca my post. This is nothing much,just a few contribution from me,hopes u guys got benefit from my blog=)